FAQ Pakej Umrah

Garis Panduan bagi Jemaah Umrah Arovis Travel

Arovis Travel & Tours Sdn Bhd
MOTAC KPK/LN & Lesen Khas Umrah: 10244

Maklumat Am Pakej Umrah

Persediaan

Persediaan (pasca COVID 19) dari Malaysia.

  • Tiada keperluan Vaksin COVID 19 untuk perjalanan Umrah.
    Sihat tubuh badan dan tiada gejala COVID 19. Jika perlu, dapatkan surat pengesahan doktor perubatan.
  • Sediakan passport yang masih ada sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan, 4 keping gambar ukuran 4 x 6 cm, buku suntikan ACYW 135 dan dokumen mahram (jika perlu).
  • Memiliki telefon pintar yang telah memuat turun applikasi Tawakkalna dan Eat’amarna sebelum bertolak.
  • Tiada halangan perjalanan. Sila semak status anda melalui www.sspi.imi.gov.my.

 

Persediaan (pasca COVID-19) sebelum berlepas ke Saudi.

  • Dinasihatkan supaya bakal jemaah menjaga kesihatan diri sendiri. Dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh berlepas, elakkan terlalu banyak bercampur gaul dengan orang ramai (kuarantin – kendiri).
  • Di nasihatkan bakal jemaah mengambil takaful/ insurans perjalanan (travel insurance) yang memberi perlindungan sekiranya berlaku pembatalan perjalanan (trip cancellation) akibat COVID 19
  • Pastikan bakal jemaah telah benar – benar bersedia dari segi persiapan ilmu manasik umrah dan mengikuti Kursus Umrah.

 

Persediaan (pasca COVID-19) semasa berada di Saudi.

  • Sentiasa mengamalkan SOP COVID-19 seperti memakai pelitup muka setiap masa, menjaga jarak, dan pastikan minum air sebanyaknya untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Elakkan selalu berada di tempat yang bersesak-sesak.
  • Hendaklah sentiasa patuh kepada undang-undang pasca COVID-19 Saudi dan gunakan applikasi Tawakkalna (hanya beberapa kawasan sahaja masih kuatkuasa) sebelum memasuki mana-mana premis di Saudi.
  • Mematuhi slot waktu yang ditetapkan untuk melaksanakan umrah dan ziarah Raudhah serta permit solat di Masjidil Haram.
  • Lapor segera kepada mutawwif anda sebaik sahaja anda berasa tidak sihat atau timbul gejala COVID 19.
Permohonan Visa

Dokumen yang diperlukan untuk memohon Visa Arab Saudi adalah:

  • Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  • Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung)
  • Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

    Nota: Kesemua dokumen perlu diserahkan ke Pejabat Arovis Travel selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

Maklumat Permohonan Visa bagi Warganegara Asing

Pemastuatin Tetap (PR):

  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh JPN dan kemudian Wisma Putra atau Kad Pengenalan Original.

Lelaki (PR):

  • Declaration Statuary – Status Pekerjaan.

Wanita (PR):

  • Declaration Statuary – Status Pekerjaan.
  • Letter of Consent dan dokumen menunjukkan hubungan.
  • Salinan kad pengenalan warganegara pemberi izin dan disahkan oleh JPN atau salinan paspot pemberi izin yang bukan warganegara disahkan oleh kedutaan masing-masing.

Permit/Visa Pekerja (Employment Pass -Multiple Entry):

  • Surat pengesahan majikan yang telah disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. Surat pengesahan perlu berbahasa Inggeris.

Visa Pelajar (Student Visa -Multiple Entry):

  • Surat pengesahan dari Kolej/Universiti/Sekolah yang telah disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra.

Visa Keluarga (Social Visit/dependent Pass) (Multiple Entry):

  • Salinan Sijil Nikah/Sijil Lahir disahkan oleh kedutaan masing-masing dan Wisma Putra.
  • Visa/permit perlu sahlaku 6 bulan ke atas dari tarikh permohonan visa.

Download: Letter of Consent

NOTA –

  • Sebarang perubahan dokumen mahram tertakluk kepada pihak Kedutaan Arab Saudi
  • Dokumen yang perlu disahkan sila sahkan di pejabat yang berkenaan dahulu sebelum ke Wisma Putra.
  • Surat Izin (Letter of Consent) dalam bahasa Inggeris
  • Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh di buat di mana-mana cawangan.
  • Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh di buat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujuk, Cerai sahaja.
  • Pengesahan dokumen dari Kementian Luar Negeri (Wisma Putra) boleh di buat di:

Kementerian Luar Negeri Malaysia (Bahagian Konsular)
Kompleks Wisma Putra No 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62602 Putrajaya

Sabah Regional Office Ministry of Foreign Affairs,
Block A, 7th Floor, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, 88400
Kota Kinabalu Sabah

Sarawak Regional Office Ministry of Foreign Affairs,
Level 14, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak

  • Arovis Travel menggunakan Visa Ziarah untuk Warganegara Malaysia dan Visa Umrah untuk bukan Warganegara untuk Negara yang tidak tersenarai dalam program Visa Ziarah.
  • Fi dan Caj Yang Relevan Caj perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan.
  • Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika pelanggan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.
Insurans
Jenis PerlindunganHad Perlindungan
Had faedah maksimum untuk setiap orang sepanjang tempoh polisi dan itu termasuk had yang lebih rendah yang dinyatakan dalam polisi iniLebih dari SR 100,000
Perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan kes kecemasanTerhad ke Had Polisi
PenghospitalanTerhad ke Had Polisi
Had penginapan dan sara hidup harian untuk pesakit yang termasuk gaji katil, perkhidmatan kejururawatan, lawatan, penyeliaan perubatan dan perkhidmatan sokongan hayat, tetapi ia tidak termasuk kos ubat-ubatan dan bekalan perubatan, seperti yang ditetapkan oleh doktor.Bilik berkongsi dan sehingga had SR 450/hari
Skop liputanArab Saudi
Pendaftaran Pakej

Bayaran Pakej

Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang tempahan sebanyak RM100, kemudian diikuti dengan wang pendahuluan sebanyak RM 900 bagi urusan tempahan slot penerbangan bagi setiap seorang peserta dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

Cara Pembayaran

Bakal Jemaah boleh membuat tempahan secara online dengan mengisi borang pendaftaran di https://arovis.com.my/umrah/ 

Pembayaran melalui (Cash Deposit Machines) atau Online Transfer melalui:

Akaun Maybank:- Nama: Arovis Travel & Tours Sdn Bhd
No. akaun: 562263559521.
Whatsapp slip bayaran ke 017-6496366 atau email ke umrah@arovis.com.my

Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Terma Harga Pakej

PERUBAHAN HARGA PAKEJ MENGIKUT PERTUKARAN MATAWANG ASING

Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Arovis Travel boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. Arovis Travel berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

Harga Pakej termasuk:

  1. Tiket penerbangan pergi balik termasuk cukai. Harga tiket mungkin berubah mengikut syarikat penerbangan.
  2. Bilik hotel termasuk cukai dan VAT Saudi.
  3. Makan minum seperti yang dinyatakan di dalam Pakej yang dipohon sama ada Breakfast/Bed (BB) atau Full Board (FB) termasuk cukai dan VAT Saudi.
  4. Visa Takaful berkelompok – perlindungan sehingga Rm10K

Harga Pakej tidak termasuk:

  1. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel
  2. Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimanamana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
  3. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  4. Kos kuarantin di Malaysia & kos saringan covid-19 (jika perlu)
  5. Kos kuarantin di Arab Saudi sekiranya keputusan covid-19 positif 
  6. Kos saringan covid-19 di Arab Saudi (jika perlu)
  7. Kos PCR di Malaysia sebelum berlepas ke Saudi. Anggaran kos biasa RM180 – RM250 (jika perlu)
  8. Kos PCR di Saudi sebelum pulang ke Malaysia. Anggaran kos ialah SR200. (jika perlu)
  9. Tambang teksi sekiranya jemaah perlu berulang ke hospital sekiranya sakit atau untuk dialisis.
  10. Lain-lain yang tidak dinyatakan di dalam Pakej.
Pembatalan Pakej

PEMBATALAN PAKEJ
Permohonan pembatalan tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:

  • Perkara 3.2: Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
  • Perkara 3.2.1: Pembatalan 45 hari bekerja atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
  • Perkara 3.2.2: Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
Pelucutan deposit pelancongan 

15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
35% daripada tambang pelancongan

08-04 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
50% daripada tambang pelancongan

03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
75% daripada tambang pelancongan

02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas
100% daripada tambang pelancongan

 

Timeline

FAQ

Soalan Lazim berkaitan Pakej Umrah Arovis Travel

Pakej Umrah yang ditawarkan oleh Arovis Travel adalah Pelbagai. 

Bermula dengan Pakej Cinta Haramain, Pakej Jejak Haramain, Pakej Platinum, Pakej Diamond, Pakej Menara Jam, Pakej 3 Masjid dan Pakej Ramadan.

Harga untuk setiap Pakej juga berbeza berdasarkan apa yang ditawarkan di dalam Pakej, dan Jenis Bilik sama ada Bilik Berdua, Bilik Bertiga atau Bilik Berempat. 

Ya. Kami menerima pembayaran secara ansuran. Tetapi pembayaran akhir perlu dilunaskan 45 hari sebelum penerbangan.

Jumlah bayaran tempahan yang diperlukan untuk menempah Pakej Umrah adalah RM100 kemudian diikuti sebanyak RM900 bayaran komitmen deposit bagi tujuan tempahan slot kerusi penerbangan.

Pulangan harga pakej akan dibuat setelah di tolak segala kos-kos yang telah dikenakan oleh pihak penerbangan, penginapan dan lain-lain serta budi bicara Arovis Travel

Bayaran tambahan sebanyak RM250 untuk satu hala jika berminat untuk menaiki Tren Laju Haramain ke Madinah.

Boleh, tetapi pesakit Buah Pinggang perlu membawa seorang waris bersama, Pihak Arovis Travel akan menguruskan tempahan Hospital atau Tempat Dialisis di Mekah dan Madinah dengan tambahan bayaran sebanyak RM2,500 bagi tujuan pembayaran rawatan.

Hospital bagi tujuan Dialisis adalah:

Mekah
Hospital An-Nur
Hospital Ajyad

Madinah
Hospital King Fadh

Sila berurusan dengan Bahagian Ticketing kami untuk menaiktaraf kelas penerbangan. Bayaran tambahan dalam anggaran RM3,000 - RM 6,000 akan dikenakan mengikut caj Syarikat Penerbangan. 

Sebagai contoh, untuk Malaysia Airlines, naiktaraf ke Business Class adalah RM4,500 manakala Saudia Airlines adalah RM5,500.

Hubungi kami di umrah@arovis.com.my untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang urusan tersebut.

Tidak perlu jika anda mengambil Pakej bersama kami kerana kami menggunakan Visa Ziarah, tiada keperluan vaksin untuk visa ziarah.

Tetapi jika anda menggunakan Visa Umrah, anda perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej umrah.

Selain itu Jemaah juga boleh mengambil Vaksin Influenza dan Vaksin lain yang dirasakan Perlu. 

Jemaah perlulah berada sekurang-kurangnya 4 Jam dari Masa Penerbangan. 

Tidak Perlu, Arovis Travel menggunakan Visa Ziarah dan syarat bersama Mahram hanya untuk Visa Umrah.

Arovis Travel mengesyorkan supaya Tuan/Puan membeli Polisi Insurans Perjalanan Tambahan, ini kerana Insurans Kesihatan yang termasuk di dalam Visa Ziarah hanyalah melindungi semasa berada di dalam Kerajaan Arab Saudi dan tidak semasa perjalanan.

Selain hanya terhad kepada beberapa perkara tertentu, rujuk polisi untuk maklumat lanjut. 

Hubungi umrah@arovis.com.my jika anda ingin kami membantu anda mendapatkan Insurans Perjalanan terbaik bagi Trip Umrah anda. 

PENTING: Pencegahan Mers-COV!

Orang awam yang ingin mengerjakan Umrah di Tanah Suci atau mengadakan lawatan ke mana-mana negara di rantau Timur Tengah yang kini melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV, hendaklah menitik beratkan perkara berikut:

Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.

Semasa dalam tempoh mengerjakan Umrah atau lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.

Semasa dalam tempoh mengerjakan Umrah atau lawatan, elakkan dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya, menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat.

Mereka yang pulang ke Malaysia dari mengerjakan Umrah atau lawatan ke Negara-negara yang terlibat, khususnya dari negara di rantau Timur Tengah dengan gejala jangkitan respiratori (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (medical mask). Jika gejala yang dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

Disclaimer Notice

All your Personal Information will be used by the company for the purpose of processing your registration, your Personal Information is protected by Malaysian Law under the Personal Data Protection Act 2010, Consumer Protection Act 1999, Consumer Protection (Electronic Commerce Transactions) Regulations 2012.

Let us Know if you have any Enquiry.

Office

K-02-05, Conezion Commercial, IOI Resort City, 62502, Putrajaya, MALAYSIA

Email

booking@arovis.com.my

Phone. No

+60386834022
Mon - Fri | 9am - 6 pm (GMT +8)

2023 © Arovis Travel & Tours Sdn Bhd (KPK /LN: 10244) | Developed by socialbuzz.my